5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027 memberi peluang untuk Malaysia memperkukuh asas ekonomi negara, memperluas peluang perniagaan dan menyokong pertumbuhan mampan, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerjasama antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan Alibaba.com penting untuk membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran global, khususnya industri halal, menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan platform perdagangan digital.
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat apabila minat belian beralih daripada saham berwajaran tinggi kepada saham teknologi dan telekomunikasi bermodal lebih kecil, serta amanah pelaburan hartanah (REIT).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperluaskan pasaran eksport Malaysia serta memperkukuh prestasi eksport negara menerusi inisiatif di bawah Belanjawan MADANI 2027.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu lebih banyak syarikat kreatif digital tempatan membangunkan harta intelek (IP) sendiri, membina francais yang berjaya dan menembusi pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bantuan kepada usahawan wanita menerusi Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran dan peluasan akses pasaran bagi membolehkan perniagaan mereka berkembang di dalam negara serta menembusi pasaran ASEAN.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas bekerjasama dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Formula One Management (FOM) bagi menuntut kelonggaran peraturan had siling perbelanjaan sukan itu untuk penggunaan teknologi lestari tanpa menjejaskan daya saing di litar.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, namun menurun kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter saham wajaran tinggi terpilih.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 19 projek pelaburan domestik bernilai RM279.1 juta diluluskan di Daerah Segamat, Johor, meliputi kawasan Buluh Kasap, Chaah, Jementah, Bandar Segamat dan Labis.