BERITA TERKINI   Malaysia, China perlu terus bekerjasama tingkatkan inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat bagi wujudkan nilai lebih baik kepada perniagaan dan rakyat - PM Anwar  | Naib Presiden Indonesia Gibran telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) dan Presiden Prabowo. - Speaker MPR Ahmad Muzani | MITI lancar aplikasi mudah alih MySaham MITI bagi mudahkan pelabur bumiputera yang layak mohon Saham Khas Bumiputera, semak keputusan permohonan - Johari | Tragedi kepala air: Satu lagi mayat ditemukan di sekitar kawasan Empangan Sungai Selangor pada 10.15 pagi tadi - Bomba | Eksport Malaysia ke Taiwan melonjak 88.0 peratus kepada RM116.58 bilion, import dari Taiwan meningkat 24.2 peratus kepada RM137.63 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026 - PM Anwar | 

Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian "mesyuarat"

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed), kata seorang penganalisis.

Harga Minyak Mentah Brent Meningkat Susulan Serangan Houthi, Gangguan Perkapalan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.

Anutin Yakin Pertumbuhan KDNK Thailand Lebih 2.1 Peratus Pada 2026

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.

Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Fed Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.07 hingga RM4.08 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 27-28 Oktober.

Zetrix AI Menamakan Semula Jawatan Norraesah Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

MPM Gesa Kerjasama Perkukuh Perkhidmatan Perkapalan Langsung Ke Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) menggesa kerjasama lebih erat antara Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Perbadanan Labuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pemain industri bagi memperkukuh perkhidmatan perkapalan langsung serta meningkatkan keterhubungan maritim Labuan.

Zetrix AI Sahkan Tidak Ingkar Bayaran Di Tengah-tengah Potensi Pelanggaran Kovenan Sukuk

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS dan mata wang utama lain hari ini apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari pada minggu depan.