1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Portfolio sukuk Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) meningkat kepada paras tertinggi baharu sebanyak US$7.4 bilion susulan terbitan dan terbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.192 bilion (US$1=RM4.07) pada hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai antara sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri dengan keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat yang mampu berkembang daripada perusahaan kepada juara nasional dan seterusnya berstatus sebagai peneraju serantau, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) mencatat kenaikan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Selasa, dipacu kenaikan sektor perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan apabila pelabur kembali memberi tumpuan kepada sektor defensif serta berorientasikan domestik susulan peningkatan selera risiko global, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan data pembuatan global yang menggalakkan, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu melangkaui tumpuan kepada pusat data dengan membangunkan lebih banyak syarikat teknologi tersenarai berskala besar bagi menarik pelaburan portfolio global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd Munirah Khairuddin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mata wang ringgit diunjur mencecah paras purata pada RM4.01 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2026 dan berpotensi menyusut kepada RM4.03 menjelang akhir tahun ini.
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan mesti mengguna pakai sistem pematuhan yang lebih pintar, berteraskan data dan berasaskan risiko memandangkan jenayah kewangan kini semakin berasaskan digital, saling berkait selain sukar dikesan.
1bulan ago
LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mesti menganggap pematuhan sebagai satu keupayaan strategik bagi memperkukuh daya saing dan bukan sekadar keperluan pengawalseliaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.