BERITA TERKINI   Budaya syura dan adab perlu diperkukuh dalam keluarga, institusi pendidikan, organisasi, masjid dan pentadbiran - Sultan Nazrin Shah | Semua kelulusan bagi lesen dan permit bunkering akan dikendalikan oleh MOT mulai 1 Feb 2027 - Loke | Malaysia catat perdagangan barangan bernilai RM3.061 trilion pada 2025, menjana lebihan dagangan RM151.8 bilion - Loke | Kira-kira 87,000 pesakit berdaftar di bawah program Ubat Melalui Pos dijangka nikmati penghantaran ubat percuma mulai 1 Okt ini - Fahmi | Pendaftaran Ubat Melalui Pos hanya dilakukan melalui fasiliti KKM dan bukan menerusi akaun media sosial - Fahmi | 

Terdapat 752 berita berdasarkan kata kunci carian "rendah"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun kemudiannya menyusut berikutan pelabur mengambil keuntungan susulan kenaikan indeks petunjuk pasaran kepada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu, melepasi paras 1,690 minggu lepas.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Ketika Gencatan Senjata Di Asia Barat Masih Rapuh

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ketidaktentuan sama ada pergerakan kapal yang melalui Selat Hormuz adalah lancar serta daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Malaysia Antara 'Fabulous Five' Bakal Pacu Kitaran Pertumbuhan Asia - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kitaran pertumbuhan baharu Asia Tenggara tidak lagi dipacu oleh satu ekonomi, kitaran komoditi atau koridor pembuatan, sebaliknya oleh ‘Fabulous Five’ atau kelompok lima ekonomi hebat iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam.

Dagangan Ringgit Dijangka Pada Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Dagangan ringgit dijangka berada pada jajaran kecil antara RM4.05 dengan RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan pelabur menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada Selasa depan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan menjelang pengeluaran laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa depan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat, Prestasi Eksport Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai peningkatan paras stok dalam negara, prestasi eksport yang perlahan berbanding jangkaan serta penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Harga Emas COMEX

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan harga emas COMEX berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Permintaan Mata Wang Selamat Reda

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila permintaan terhadap dolar sebagai mata wang selamat mereda.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini susulan kelemahan niaga hadapan serantau serta pengukuhan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Kenaikan Saham Kewangan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh pemulihan saham-saham perkhidmatan kewangan yang melonjakkan sentimen pasaran secara menyeluruh dan seiring prestasi positif pasaran serantau.

Kadar Pengangguran Kekal 3.0 Peratus Pada Mei 2026 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

RHB Bank Perkenal Kad Kredit-i RHB Sinar Dengan Kadar Keuntungan 14 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.