BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 0-0 Indonesia | 

Terdapat 434 berita berdasarkan kata kunci carian " melonjak"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya saham perbankan.

Bursa Malaysia Kembali Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi pada Rabu walaupun pasaran Wall Street lemah ketika kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak mentah semakin meningkat susulan ketegangan di Asia Barat yang kian memuncak, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Sept Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa di tengah-tengah jangkaan tahap eksport yang lebih rendah.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah, Minat Belian Tumpu Saham Binaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi akhir Selasa ketika minat belian beralih daripada indeks saham wajaran tinggi kepada saham pembinaan bermodal kecil dengan sentimen terus diasak oleh ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Selasa. 

Kepimpinan MATRADE Pacu Pemecutan Eksport, Perkasa Daya Tahan Perdagangan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Sept  (Bernama) -- Kepimpinan eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) terus komited dalam memacu lonjakan eksport serta memperkukuh daya tahan sektor perdagangan antarabangsa negara melalui strategi berteraskan pasaran dan pemudah cara perdagangan yang proaktif.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dan sentimen terhadap aset berisiko yang semakin lemah.

Minat Belian Dalam Saham Perbankan, Telco Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor perbankan dan telekomunikasi, kata seorang penganalisis.

Sasaran Peratus Sumbangan Syarikat Bumiputera Kepada KDNK Akan Diperinci Semula - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau.

Bekalan Bahan Api Malaysia Stabil Tetapi Harga Kekal Naik Dua Hingga Tiga Tahun

PUTRAJAYA, 6 Sept(Bernama) -- Bekalan bahan api Malaysia masih kukuh walaupun paras bekalan global berada dalam paras rendah, kerajaan yakin negara ini akan memperoleh bekalan yang mencukupi sehingga akhir tahun, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.