Terdapat 1307 berita berdasarkan kata kunci carian "ai"

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus ditutup bercampur-campur pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan petunjuk ekonomi yang positif, kata seorang peniaga.

Malaysia Peroleh Jualan RM791.54 Juta Melalui Farnborough International Airshow 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penyertaan Malaysia di Farnborough International Airshow (FIA) 2026 telah menjana jualan eksport sebanyak RM791.54 juta (US$192.36 juta) susulan penglibatan perniagaan secara intensif selama lima hari di United Kingdom dari 20-24 Julai 2026.

Malaysia Kekal Destinasi Pilihan Pelabur Asing Berikutan Persekitaran Perniagaan Kukuh - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia menawarkan antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini, disokong oleh kerangka fiskal yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.

KL20 2026 Tambah Empat Fokus Baharu, Perluas Tumpuan Ke Lapan Sektor - Akmal Nasrullah

PETALING JAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Tawaran Ambil Alih Unit Batu Kawan Ke Atas MKH Jadi Tanpa Syarat

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Batu Kawan Bhd mengumumkan tawaran ambil alih sukarela oleh anak syarikat milik penuhnya Whitmore Holdings Sdn Bhd ke atas MKH Bhd menjadi tidak bersyarat.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Naik 2.9 Peratus Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) meningkat 2.9 peratus pada suku kedua 2026 daripada peningkatan 2.1 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Saham Tong Herr Digantung Sementara Menunggu Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Tong Herr Resources Bhd (Tong Herr) memohon penggantungan sementara dagangan bagi menunggu satu pengumuman penting.

Kualiti Audit Firma Bertambah Baik, Tenaga Kerja Masih Jadi Cabaran Utama -- Laporan Audit SC

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati amalan tingkah laku beretika, perundingan, pematuhan dan cabaran profesional firma audit utama berada pada tahap kukuh, mempamerkan budaya berorientasikan kualiti yang mampan di seluruh firma.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.

Gulf Air Buka Tempahan Penerbangan Ke KLIA Menjelang Acara F1

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Syarikat penerbangan nasional Bahrain, Gulf Air kini membuka slot tempahan bagi perkhidmatan penerbangan terus antara Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain (BAH) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijadual bermula pada 29 September 2026.

Prestasi KDNK Suku Kedua Malaysia Diunjur Pada Tahap Baik -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku kedua 2026  diunjur berada pada tahap baik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Maybank Singapore Sertai Inisiatif BLOOM MAS, Pacu Pembayaran Rentas Sempadan Digital

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Maybank Singapore Ltd hari ini mengumumkan penyertaannya dalam inisiatif Borderless, Liquid, Open, Online, Multi-Currency (BLOOM) oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang bertujuan memperkukuh infrastruktur pembayaran rentas sempadan dan perbankan transaksi generasi baharu bertaraf dunia.