5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CIMB Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah bersama-sama menjayakan acara pertama Invest Malaysia Day 2026 di Singapura.
5hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kos pengeluaran bagi formulasi minuman yang lebih sihat boleh meningkat lima hingga 10 peratus, namun Orgabio Holdings Bhd melihat peluang dalam segmen ini memandangkan kebanyakan pemilik jenama mahukan produk yang memenuhi pilihan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.
5hari ago
BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan data dan analitik untuk menambah baik penyasaran subsidi berdasarkan keperluan isi rumah bagi membantu golongan yang paling memerlukan di samping mengekalkan kemampanan fiskal negara.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan kelemahan semalaman Wall Street.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan Citibank Bhd (Citi) mengumumkan kemudahan pembiayaan perdagangan berstruktur bernilai US$75 juta (US$1=RM4.07) untuk menambah baik pengurusan modal kerja, meningkatkan mudah tunai dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan bagi menyokong keperluan operasi MAG di seluruh Asia.
5hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membangunkan pelan strategik 10 tahun bagi meningkatkan kekerapan serta kebolehpercayaan perkhidmatan kereta api dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan rendah, menjejaki prestasi semalaman yang dicatatkan oleh pasaran Wall Street.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Kerjaya Prospek Group Bhd berpotensi meningkat kepada RM6.0 bilion daripada RM5.9 bilion berikutan kejayaannya meraih kontrak terbaharu daripada Tenaga Nasional Bhd, menurut MBSB Research.
5hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion setelah ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) untuk tujuan penebusan awal sukuk pada 2027, sekali gus memperkukuh aliran tunai Lembaga Tabung Haji (LTH).