3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan dua inisiatif baharu iaitu M-Zahra Takaful MyLadies dan Kalkulator Faraid Digital sempena Karnival Celik Kewangan Terengganu 2026.
3bulan ago
BATU PAHAT, 26 Jun (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bukan sekadar sijil, sebaliknya ia merupakan ‘perisai’ kepada industri sawit negara, selain menjamin masa depan pekebun kecil.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, disokong peningkatan semula saham perbankan pada minit-minit terakhir yang seterusnya mendorong kenaikan indeks penanda aras kepada paras positif, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal ‘Semak Kasih’ hari ini bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut.
3bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat yang juga prestasi bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kerugian dialami pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
3bulan ago
MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti isu berkaitan elaun pelaburan semula (RA) dan akan membawanya kepada perhatian Kementerian Kewangan (MOF) susulan gesaan komuniti perniagaan untuk penambahbaikan insentif bagi menggalakkan pelaburan semula syarikat.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Zenix Aerospace Upeca terus memperkukuh keupayaan pembuatan, pendigitalan dan pembangunan modal insan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai aeroangkasa global serta memacu pertumbuhan industri yang mampan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) melantik Mohd Haris Mohd Arshad sebagai pengerusi baharu bagi penggal 2026 hingga 2028, menggantikan Datuk Lee Yeow Chor yang memegang jawatan itu sejak enam tahun lepas.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Jumaat dengan dibuka tinggi sedikit, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam kaunter telekomunikasi dan pengangkutan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga Ogos, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Usaha memperkukuh daya tahan ekonomi dan memperkasa kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta dilihat penting ketika Malaysia melonjakkan pembaharuan fiskal serta berikutan senario ketidaktentuan global.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Serangkap pantun, dua jenama pengguna yang terkenal dan seruan untuk kerjasama perniagaan yang lebih kukuh, digabungkan menjadi satu di majlis pelancaran kolaborasi minuman tenusu sedia diminum oleh Tealive dan Dutch Lady Malaysia hari ini.