1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan dalam beberpa hari akan datang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Khamis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, walaupun dolar yang lebih kukuh mengehadkan potensi kenaikan seterusnya, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak sayuran global yang lebih rendah susulan cuti umum di Malaysia semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap Setel Ventures Sdn Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, dan Standard Chartered Saadiq Bhd atas kegagalan mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau ketika penurunan harga minyak meredakan tekanan inflasi dan memacu minat risiko dengan aktiviti belian menumpukan saham berkaitan YTL dan perbankan, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM453.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM450.19 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah menjelang simposium Jackson Hole Rizab Persekutuan AS (Fed).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta, syarikat insurans serta hospital diperlukan bagi menangani peningkatan inflasi perubatan dan memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd Giulio Slavich.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd, Capitol Avenue Development Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat untuk membeli beberapa bidang tanah di Ampang dengan jumlah pertimbangan sebanyak RM186.17 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Firma penasihat kewangan IPPFA Sdn Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 4.6 peratus sebelumnya.