2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pelaburan dari Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) bagi 2021 hingga 2025 berjumlah RM10.5 bilion meliputi 46 projek dan dijangka mewujudkan 9,009 peluang pekerjaan baharu, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia mengkaji penubuhan Simpanan Petroleum Negara (NPR) adalah tepat pada masanya berikutan ketegangan geopolitik yang berulang di laluan perkapalan utama dunia, sekali gus menyerlahkan keperluan memperkukuh ketahanan tenaga negara untuk jangka panjang, menurut penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah kepelbagaian sumber bekalan dan penilaian keperluan stok simpanan strategik adalah penting bagi memanjangkan tempoh daya tahan bekalan petroleum negara melangkaui tempoh operasi semasa, menurut Kementerian Ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit kepada RM4.0905 pada 20 Julai lepas mencerminkan asas ekonomi yang kukuh, disokong oleh prestasi eksport berdaya tahan dan lebihan imbangan perdagangan yang berterusan, menurut Kementerian Ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pasaran modal antara kedua-dua pihak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mula merangka Belanjawan 2027 pada bulan depan dan seterusnya dibentangkan pada awal Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 23 Julai (Bernama) -- Entiti eksport Indonesia yang baharu diwujudkan, Danantara Sumberdaya Indonesia (DSI) dijangka memberi impak terhad terhadap pasaran ekonomi dan eksport komoditi negara itu, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap perubahan besar ke atas eksport komoditi yang strategik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- GDB Holdings Bhd (GDB) memperoleh kontrak bernilai RM439.4 juta untuk projek pembinaan Wolo Hotel & Residences Mont Kiara KL di Kuala Lumpur daripada Magma Kiara Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki keuntungan harga emas dalam Bursa Komoditi AS (COMEX).