BERITA TERKINI   Liga Super: Star City FC 1-1 KL City FC | PRN Sarawak: GPS sasar menang 80 kerusi berdasarkan kejayaan PRN lalu - Abang Johari | Usahawan automotif Bumiputera perlu tingkat keupayaan teknikal, jadi pembekal OEM tembus pasaran antarabangsa - TPM Ahmad Zahid | MATEC 2027 sasar jualan usahawan automotif Bumiputera cecah RM100 juta berbanding RM63.7 juta tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Pembiayaan RM1 juta skim MARA Integrated Smart Auto perlu disalurkan kepada usahawan automotif berpotensi - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 930 berita berdasarkan kata kunci carian "st"

Unit Mestron Peroleh Kelulusan Seda Perluas Kemudahan Penjanaan Tenaga Biogas Di Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Mestron Holdings Bhd memperoleh kelulusan tarif galakan (FiA) baharu daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) untuk memperluas kemudahan penjanaan tenaga elektrik biogasnya di Gua Musang, Kelantan.

Dialog Rancang Pelaburan Tambahan RM3 Bilion Kembang Terminal Laut Dalam Pengerang

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) --  Dialog Group Bhd merancang pelaburan tambahan sebanyak RM3 bilion antara tahun 2027 dan 2030 bagi menyokong pembangunan berterusan Terminal Laut Dalam  Pengerang (PDT).

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhiri Dagangan Pagi, Atasi Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.

Lima Sektor Utama Berpotensi Dibangunkan Di Nexus Sedenak - Invest Johor

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Invest Johor mengenal pasti lima sektor utama berpotensi dibangunkan di Nexus Sedenak yang bakal muncul sebagai hab perindustrian dan rantaian bekalan baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

HSBC Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi 2026 Kepada 5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC. 

Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Abdul Rashid Hussain telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada ‘Business Today Industry Choice Awards 2026’ sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan perjalanan kerjaya cemerlangnya dalam industri perkhidmatan kewangan Malaysia.

Pulau Pinang Jangka Manfaat Ekonomi Daripada Penubuhan PTFC

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Penubuhan Pusat Kewangan Teknologi Pulau Pinang (PTFC) dijangka membuka peluang kepada negeri itu untuk menarik lebih banyak dana dan pelaburan baharu, selain memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula teknologi.

Monsun Timur Laut: RM3.5 Juta Untuk Peralatan, Bekalan Banjir JKM Kelantan

GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan kira-kira RM3.5 juta bagi menyediakan peralatan dan keperluan asas menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.

Inisiatif Linyi Trade City Permudah Akses Rantaian Bekalan Bagi Perniagaan Malaysia

Daripada Norhayati Mohd Akhir

LINYI (Shandong) 30 Okt (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia kini akan mempunyai akses yang lebih cekap kepada rantaian bekalan di China susulan langkah Linyi Trade City Group memperkenalkan Inisiatif Perolehan Pasaran + Rakan Kongsi Global, yang menyepadukan perkhidmatan logistik, kastam dan kewangan di bawah satu platform.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk 10 Hari Dagangan Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.

Kerajaan Berhasrat Reformasi Agihan Peruntukan Pembangunan Berasaskan Keperluan Negeri

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berhasrat mereformasikan pengagihan peruntukan pembangunan Persekutuan daripada pendekatan berasaskan perbelanjaan sejarah kepada model berteraskan kesaksamaan dan kecekapan peruntukan untuk merapatkan jurang produktiviti wilayah.