2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kedudukan, peranan dan pengaruh Malaysia sebagai negara perdagangan yang merentasi laluan perdagangan global dan rantaian bekalan menjadi ciri utama diplomasi ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia merancang untuk menggunakan semula tapak loji janakuasa arang batu yang akan ditamatkan operasi kepada hab tenaga boleh baharu (TBB) dan kemudahan penyimpanan tenaga bateri di bawah Rangka Kerja Penggunaan Semula Tapak Arang Batu Kebangsaan yang dicadangkan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan pembiayaan mikro bernilai lebih RM500 juta yang memanfaatkan lebih 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei hingga 26 Jun 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan yang semakin reda terhadap prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) telah merangsang sentimen pasaran susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Cadangan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand akan dirundingkan secara dua hala dengan Thailand sebelum dilaksanakan, kata Kementerian Ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyambut baik saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta akan terus memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) terus menjejaskan sentimen pasaran serantau dan memberi sokongan terhadap dolar AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KEMAMAN, 1 Julai (Bernama) -- Gerakan koperasi di negara ini mencatat prestasi memberangsangkan apabila perolehannya meningkat hampir 20 peratus kepada RM81.62 bilion pada tahun lepas berbanding RM68.18 bilion pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2bulan ago
CANBERRA, 1 Julai (Bernama) -- Perjanjian usaha sama strategik (JVA) antara Weststar Group dan Rocket Technologies International Pty Ltd, Australia dijangka memberi sumbangan penting kepada perdagangan dua hala serta pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan Australia.