21hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama namun susut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan unit negara maju terus menerima sokongan kukuh walaupun jangkaan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah semakin berkurangan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari dipengaruhi tekanan jualan, menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran global apabila kenaikan berterusan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan sentimen risiko.
21hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street berikutan hasil bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi serta ketegangan berterusan di Asia Barat menjejaskan minat belian.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama namun rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan, sekali gus mengukuhkan dolar AS.
22hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.
22hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) menangguhkan kenaikan kadar faedah bulan depan berikutan data sentimen pengguna yang lebih rendah daripada jangkaan.
22hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.
22hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.
22hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila data pengguna AS yang lebih lemah mempengaruhi sentimen pelabur dan mengurangkan selera minat dalam pasaran pertukaran asing.
23hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas akibat kenaikan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) serta tekanan jualan menjelang penerbitan data ekonomi utama AS pada minggu ini.
23hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan kenaikan harga minyak mentah and hasil bon AS yang memberi tekanan kepada sentimen pasaran.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama pada Selasa, dengan risiko geopolitik yang meningkat terus menyokong kedudukan defensif.