Terdapat 482 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan "

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.

Pelaksanaan Projek Air Sarawak Dijangka Bergerak Lebih Pantas - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan projek air di Sarawak dijangka dapat dipercepat hasil daripada struktur tadbir urus yang diperkemas berikutan penggabungan agensi air di negeri itu.

Pendidikan Pelaburan Perlu Diperkukuh Bendung Penipuan Digital – Bursa Malaysia

ALOR SETAR, 13 Okt (Bernama) -- Pendidikan dan kesedaran pelaburan perlu diperkukuh bagi membantu pelabur membuat keputusan bermaklumat serta mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed.

Industri Sawit Malaysia Perlu Seimbangkan Aspek Mampan, Untung – MPOA

BANGKOK, 13 Okt (Bernama) -- Sektor industri minyak sawit Malaysia perlu bertindak menseimbangkan aspek kemampanan dengan keuntungan serta pertumbuhan jangka panjang selain memastikan kos pematuhan yang kian meningkat tidak membebankan pekebun kecil.

Labuan IBFC Naik 11 Anak Tangga Ke Kedudukan 44 Indeks Pusat Kewangan Global

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 44 daripada 117 pusat kewangan global dalam Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI 40) terkini.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.

Defisit Fiskal Dijangka Susut, Risiko Perbelanjaan Kekal - BMI

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Risiko Geopolitik, Kenaikan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Belanjawan 2027: Peruntukan RM510 Bilion Tanpa Perkenal Cukai Baharu - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin dapat membelanjakan RM510 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 tanpa memperkenalkan cukai baharu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Belanjawan 2027: Galakan Cukai GSH Dicadang Semak Semula Bagi Perkukuh Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) dicadangkan disemak semula untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi hab perkhidmatan global dan menarik aktiviti pengurusan perbendaharaan.

Belanjawan 2027: Galakan Cukai, Duti Setem Disemak Semula Untuk Tingkat Jumlah Kapal Tempatan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai bagi syarikat perkapalan Malaysia dicadangkan agar disemak semula bagi menyumbang kepada pertambahan jumlah kapal tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap kapal asing serta menambah aliran masuk pendapatan fret kapal dalam tempoh jangka panjang.

iCents Group Raih Projek Fasiliti Semikonduktor Bernilai RM36.15 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- iCents Group Holdings Bhd berjaya memperoleh projek fasiliti pemprosesan wafer semikonduktor dua peringkat di Selangor dengan nilai potensi kontrak RM36.15 juta, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).