28hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pameran Program Pecutan Triple Selangor 2026, berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos, menampilkan 90 syarikat pemula niaga dengan platform untuk pembentangan secara langsung, pameran produk dan libat urus industri, membolehkan syarikat berkenaan membina, menyelaraskan dan memperkukuhkan perniagaan.
30hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd akan menjadualkan semula penerbangan terpilih yang tiba dan berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan penutupan sementara ruang udara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
30hari ago
ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah serta Dewan Perniagaan dan Industri Trang, Thailand melaksanakan program padanan dan rangkaian perniagaan (B2B) bagi memperkukuh ekonomi rentas sempadan khususnya dalam sektor pelancongan dan industri halal.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.
30hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan penjagaan anak yang fleksibel pada bila-bila masa ketika diperlukan, adalah kemudahan paling bermakna yang ditawarkan oleh Kiddocare Sdn Bhd (Kiddocare), kerana ia memberi keselesaan kepada ibu bapa, malah tidak perlu bimbang mengenai keberadaan anak mereka.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya mencatatkan jualan bernilai RM186 juta menerusi program Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Kemboja, sekali gus mengatasi sasaran awal RM100 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — HAVI, peneraju rantaian bekalan global, akan membuka TechHUB di Malaysia pada November tahun ini, yang merupakan salah satu daripada empat hab seumpamanya di seluruh dunia dan pertama di Asia Pasifik.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Trafik penumpang antarabangsa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Malaysia meningkat 9.3 peratus bulan ke bulan kepada 4.5 juta pada Julai 2026, disokong oleh perjalanan musim panas di seluruh Eropah, Timur Tengah dan sebahagian Asia.