4hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung apabila pasaran kehilangan momentum, kata seorang pakar industri.
4hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Minyak mentah Brent melepasi paras US$100 setong buat kali pertama sejak Julai 2026 apabila peningkatan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, termasuk serangan ke atas kapal tangki minyak dan loji tenaga Arab Saudi, mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan bekalan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Techna-X Bhd kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan hari ini, menjejaki prestasi mengukuh niaga hadapan logam berharga itu di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati di tengah-tengah prospek tidak menentu di Asia Barat, kata seorang ahli ekonomi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Rabu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh aktiviti pembuatan yang kukuh, pelaburan infrastruktur yang mampan dan pembangunan pusat data yang berkembang pesat, menurut S&P Global Ratings.
4hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Rabu di tengah-tengah sentimen berhati-hati pelabur berikutan peningkatan ketegangan di Asia Barat yang menyaksikan minyak mentah Brent melonjak melepasi paras US$100 setong, kata seorang penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ke tahun pada Julai 2026, disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- GB Bond Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM16.08 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya saham perbankan.