Terdapat 537 berita berdasarkan kata kunci carian " operasi"

Public Bank Akan Nyahsenarai Anak Syarikat Hong Kong Pada HK$2.50 Sesaham

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Public Bank Bhd mengemukakan cadangan untuk menyahsenarai anak syarikatnya yang dimiliki sebanyak 73.23 peratus, Public Financial Holdings Ltd (PFHL) pada harga tawaran HK$2.50 (RM1.29) sesaham.

Bahagian Automasi Mesin ABB Group Sasar Pulau Pinang Sebagai Hab Operasi Asia Tenggara

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Bahagian Automasi Mesin (B&R) ABB Group yang berpangkalan di Switzerland berhasrat memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang dan memperluas peranan negeri itu dalam operasi Asia Tenggaranya.

Kecekapan Tenaga, Inovasi Kunci Daya Saing Industri - ABB

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Industri perlu mempertingkat produktiviti, mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memperkukuh kebolehpercayaan operasi, selain mempercepat agenda kelestarian bagi memastikan daya saing kekal kukuh dalam persekitaran kos yang meningkat serta perubahan teknologi yang pesat.

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Jakarta Secara Berperingkat, Lima Masih Batal

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines secara berperingkat menyambung semula penerbangan dari dan ke Jakarta susulan penyambungan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK).

Maybank, Ageas Meterai SPA RM4.83 Bln Bagi Ambil Alih Baki Pegangan MAHB

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) tanpa syarat dengan Ageas Insurance International NV yang berpangkalan di Belgium bagi mengambil alih baki 30.95 peratus kepentingan ekuiti dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) bernilai RM4.83 bilion.

Malaysia Jangka Sembilan GW Kapasiti Kuasa Gas Digunakan Menjelang 2032 Tampung Peningkatan Permintaan

PETALING JAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia menjangkakan kira-kira sembilan gigawatt (GW) kapasiti kuasa gas akan digunakan menjelang 2032, bagi menampung permintaan elektrik yang semakin meningkat di samping menamatkan penjanaan arang batu secara berperingkat.

Syarikat Tempatan Perlu Segera Laksana Automasi Dalam Operasi, Pengeluaran - Johari

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat tempatan tanpa mengira saiz perlu segera melaksanakan automasi bertujuan memudahkan operasi dan pengeluaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Gas Malaysia, Petronas Gas Kaji Sambungan Paip Ke Terminal Regasifikasi Yan

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd memeterai perjanjian kajian dan kerjasama bersama (Joint Study and Collaboration Agreement - JSCA) dengan Petronas Gas Bhd (PGB) bagi mengkaji pembangunan saluran paip lateral darat untuk menghubungkan projek terminal regasifikasi (RGT) Yan yang dicadangkan dengan sistem Peninsular Gas Utilisation (PGU).

P.A. Resources Raih Kemudahan Perbankan RM255.45 Juta Bagi Modal Kerja, Kilang Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- P.A. Resources Bhd (PARB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, menerima kemudahan perbankan tambahan berjumlah RM255.45 juta bagi menyokong operasi sedia ada kumpulan serta pembangunan kilang baharu.

Hengyuan, Shell Meterai Perjanjian Terikat Bagi Lanjutkan Pengambilan Produk Selama 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Hengyuan Refining Company Bhd (HRC) memeterai perjanjian terikat dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (SMT) dan Shell Timur Sdn Bhd (STSB) (secara kolektif, Shell) bagi memperbaharui perjanjian pengambilan produk jangka panjang bagi tempoh 10 tahun.

Logistik Pintar Modenkan Pergerakan Kargo Rentas Sempadan Malaysia-Singapura - FedEx

SINGAPURA, 7 Sept (Bernama) -- Pengendali logistik ekspres kini sedang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemantauan jarak jauh merentasi rangkaian pengangkutan darat mereka untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan rentas sempadan menjelang penyepaduan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).