6hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2026 berbanding 4.7 peratus pada Julai, didorong terutamanya oleh output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan memperkenalkan insentif di bawah Belanjawan 2027 bagi teknologi alam sekitar, pencegahan pencemaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri, inovasi serta pelaburan kelestarian perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan tempoh pengurangan kadar kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 sehingga 31 Dis, 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Al-‘Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
7hari ago
ALOR SETAR, 8 Okt (Bernama) – Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikatnya BDB Synergy Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM11.5 juta daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi membina dan menyiapkan Integrated Business Centre (IBC) di Kedah Rubber City (KRC), Padang Terap.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama serantau bagi menjamin bekalan tenaga yang stabil dan mampu bayar, seiring usaha mempercepat peralihan kepada tenaga rendah karbon.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Eco Business Park VII (EBP VII) hari ini menganjurkan edisi kedua acara Forum EcoWorld Connects: Business Ascend yang menghimpunkan penceramah berpengalaman bagi membincangkan kaedah untuk perniagaan membuat persediaan bagi fasa pertumbuhan seterusnya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan MyDCD Bhd (MyDCD) memeterai perjanjian penajajaminan dengan TA Securities Holdings Bhd (TA Securities) bersempena dengan cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
7hari ago
GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) -- KYZEN Corporation, yang menyediakan penyelesaian pencucian berketepatan tinggi untuk sektor elektronik dan pembuatan termaju, membuka kemudahan baharu di Pulau Pinang hari ini, menandakan pengembangan penting operasinya selepas lebih 16 tahun beroperasi di negara in
7hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) – Jurang inflasi antara pengeluar dan pengguna Malaysia menunjukkan perniagaan atau syarikat menanggung sebahagian daripada peningkatan kos meskipun pengguna berkemungkinan berdepan harga lebih tinggi jika keadaan itu berterusan, menurut Bank Muamalat Malaysia Bhd.
7hari ago
GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- AmBank Group memperkukuh komitmennya terhadap segmen pelanggan berkemampuan tinggi dan pengurusan kekayaan dengan melancarkan cawangan utama Kelawei, yang menghimpunkan AmBank Signature Priority Banking (AmSPB) dan AmPrivate Banking.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) akan memberi sokongan kepada ASEAN School of Regulation (Sekolah Pengawalseliaan ASEAN - ASR) di Malaysia, iaitu satu inisiatif serantau yang bertujuan memperkukuh keupayaan kawal selia serta mempercepat pembangunan Grid Tenaga ASEAN (APG).