BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | 

Terdapat 302 berita berdasarkan kata kunci carian "e"

Monsun Timur Laut: RM3.5 Juta Untuk Peralatan, Bekalan Banjir JKM Kelantan

GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan kira-kira RM3.5 juta bagi menyediakan peralatan dan keperluan asas menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.

Inisiatif Linyi Trade City Permudah Akses Rantaian Bekalan Bagi Perniagaan Malaysia

Daripada Norhayati Mohd Akhir

LINYI (Shandong) 30 Okt (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia kini akan mempunyai akses yang lebih cekap kepada rantaian bekalan di China susulan langkah Linyi Trade City Group memperkenalkan Inisiatif Perolehan Pasaran + Rakan Kongsi Global, yang menyepadukan perkhidmatan logistik, kastam dan kewangan di bawah satu platform.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk 10 Hari Dagangan Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.

Kerajaan Berhasrat Reformasi Agihan Peruntukan Pembangunan Berasaskan Keperluan Negeri

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berhasrat mereformasikan pengagihan peruntukan pembangunan Persekutuan daripada pendekatan berasaskan perbelanjaan sejarah kepada model berteraskan kesaksamaan dan kecekapan peruntukan untuk merapatkan jurang produktiviti wilayah.

Bursa Malaysia Digesa Bantu Lebih Banyak Syarikat Tempatan Jadi Juara Serantau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bursa Malaysia Bhd membantu lebih banyak syarikat Malaysia berkembang menjadi juara serantau, sambil menyatakan terlalu banyak perniagaan yang berpotensi tetapi kekal kecil untuk tempoh yang terlalu lama.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Penjualan Olein Sawit Di Dalian

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).

MyEG Dikenakan Taksiran Cukai Pendapatan Tambahan RM353.13 Juta, Saman Sivil

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, My EG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.

SD Guthrie Jual Tanah Bukit Kerayong Pada Harga RM933.57 Juta, Tubuh JV Dengan Bumi Assets, YTL Power

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- SD Guthrie Bhd akan menjual tanah seluas 657.09 hektar di Bukit Kerayong, Selangor kepada Pembangunan Perindustrian Bukit Kerayong (BKID) pada harga RM933.57 juta dan bekerjasama dengan Bumi Assets Sdn Bhd serta YTL Power International Bhd untuk membangunkan tapak itu menjadi taman perindustrian.

Isu Pembubaran Sukuk Tidak Mewajibkan Pembayaran Balik Secara Penuh - Zetrix AI

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Zetrix AI mengakui bahawa pencetus kepada pembubaran telah berlaku di bawah Program Sukuk Wakalah syarikat itu berikutan pelanggaran kovenan yang menghendaki Wong Thean Soon kekal sebagai pemegang saham terbesar syarikat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kerugian Di COMEX

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi AS (COMEX).