BERITA TERKINI   Kerajaan adakan mesyuarat khas esok bersama PETRA, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan MOF teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah - PM Anwar  | Setiap langkah penyasaran subsidi akan dilaksanakan secara adil dan munasabah, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan - PM Anwar | Malaysia utamakan diplomatik jangka panjang dan pencegahan awal berbanding tuntutan pampasan tangani jerebu rentas sempadan - Ahmad Zahid | Malaysia bawa isu jerebu rentas sempadan dalam perbincangan dengan Indonesia di sela Persidangan Halal-20 di Jakarta - Ahmad Zahid | 

Terdapat 1925 berita berdasarkan kata kunci carian " it"

Kerajaan Teruskan Rundingan Tarif Berkaitan Isu Buruh Paksa Dengan AS - PM Anwar

PORT DICKSON, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif baharu berkaitan isu buruh paksa sekiranya keputusan yang diterima masih belum memuaskan.

Harga Minyak Mentah Brent Cecah Lebih US$100 Setong Didorong Konflik AS-Iran Memuncak

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong hari ini berikutan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang kian memuncak, meningkatkan semula kebimbangan mengenai bekalan tenaga global.

TNB Perkukuh Kerjasama Serantau Bangunkan Ekosistem Perolehan Lebih Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara syarikat utiliti terkemuka di ASEAN, kini dalam usaha membangunkan ekosistem perolehan yang lebih berdaya tahan menerusi pengukuhan jalinan kerjasama serantau, kata Ketua Pegawai Perolehannya Ir. Ts. Amir Mahmod Abdullah.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.

Indeks Pelopor Meningkat 0.8 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia kekal positif pada Mei 2026 dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada 114.4 mata berbanding 113.5 mata dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Berdepan Tarif 10 Peratus Di Bawah Seksyen 301 Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.

Saadia Zahidi Wanita Pertama Dilantik Ketua Pengarah IATA

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melantik ahli ekonomi Pakistan-Switzerland, Saadia Zahidi sebagai ketua pengarah kesembilannya, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama yang menjawat jawatan berkenaan.

Pelaburan Jepun Dalam E&E Cecah RM10.5 Bilion, Bakal Wujud 9,009 Peluang Pekerjaan - MITI

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pelaburan dari Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) bagi 2021 hingga 2025 berjumlah RM10.5 bilion meliputi 46 projek dan dijangka mewujudkan 9,009 peluang pekerjaan baharu, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

KL Midtown Lancar Menara Pejabat Mampan, Jangka Lebih Ramai Penyewa Pada Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- KL Midtown hari ini melancarkan menara pejabat ikoniknya yang mampan untuk dipajak dan menjangkakan berupaya menarik lebih ramai penyewa pada tahun hadapan.

Untung Bersih KIP REIT Naik Kepada RM145.30 Juta, Catat Pendapatan RM177.10 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.