BERITA TERKINI   Operasi SAR tragedi kepala air di Sungai Luit tamat, mangsa terakhir ditemukan - JBPM | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " shenzhen"

Lapangan Terbang Shenzhen, Hong Kong Sedia Sambut Pemimpin Dunia Sempena APEC

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an mempergiat persiapan bagi menyambut ketibaan pemimpin dunia, delegasi dan petugas media antarabangsa sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026, dengan proses ketibaan berjalan lancar dan teratur.

Shenzhen Jadi Tumpuan Utama Pemimpin APEC, Bincang Masa Depan Ekonomi Asia-Pasifik

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Bandar Shenzhen di selatan China bakal menjadi tumpuan diplomasi ekonomi serantau apabila para pemimpin daripada 21 ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) berhimpun di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 untuk merangka hala tuju ke arah perdagangan, inovasi, dan kerjasama serantau yang lebih kukuh.

Malaysia Mahu APEC Kekal Platform Perdagangan Terbuka, Berasaskan Peraturan - Duta Besar

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.

PM Anwar Hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Di Shenzhen, Adakan Pertemuan Dengan Xi Jinping

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shenzhen dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping.

APEC Gesa Pembangunan AI Selamat, Dipercayai Pacu Pertumbuhan Inklusif

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menggalakkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang selamat dan dipercayai selain memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara meluas, terutamanya dalam sektor utama seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan tenaga.

APEC Utamakan Kerjasama Pelbagai Hala Menjelang Pertemuan Pemimpin AS, China Dan Rusia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertemuan tiga hala yang dijangka melibatkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada kerjasama pelbagai hala yang lebih luas menerusi platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata seorang pegawai APEC.

Tencent Cloud Komited Terus Melabur Di Malaysia Dalam Tempoh Tiga Tahun

Daripada Harizah Hanim Mohamed

SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud komited untuk terus melabur di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memperkukuh infrastruktur rantau awan sedia ada, kata Pengurus Besar Tencent Cloud International dan Tencent Cloud Malaysia, Nucky Fang.