BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | Jerebu: Semua institusi pendidikan di bawah KPM di Putrajaya ditutup esok | Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok - JPN Melaka | Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " cimb securities"

Perbelanjaan Pembangunan Dijangka Naik 3.8 Peratus Kepada RM83 Bilion Pada 2027 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.

Malaysia Sedang Memasuki Kitaran Pelaburan Air Yang Lebih Menyokong -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang memasuki kitaran pelaburan air yang lebih menyokong memandangkan infrastrukturnya yang sudah lama, kehilangan air yang tinggi, lonjakan dalam permintaan industri dan pusat data termasuk kebolehubahan iklim yang lebih besar telah meningkatkan keperluan untuk memacu kecekapan, kebolehpercayaan serta daya tahan air.

TNB Dijangka Serap Kos Tambahan Sehingga RM150 Juta Daripada Pengecualian Afa Diperluaskan - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka menyerap kos tambahan RM120 juta hingga RM150 juta bagi tempoh September hingga Disember 2026 berikutan pengecualian kerajaan yang diperluas untuk pengguna kediaman daripada mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), caj runcit serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Perolehan Berkaitan AI Malaysian Pacific Industries Diunjur Lebih RM500 Juta Setahun - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perolehan Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) diunjurkan melebihi RM500 juta setahun menjelang tahun kewangan 2027 dipacu oleh produk berkaitan kecerdasan buatan (AI), menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Firma Penyelidikan Sambut Baik Pengembangan FBM KLCI Kepada 50 Konstituen

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menyambut baik pengembangan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) daripada 30 kepada 50 konstituen dan percaya langkah itu akan menyediakan perwakilan pasaran yang lebih luas dan kepelbagaian sektor yang lebih besar.

Saham Petronas Chemicals Susut 2.66 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) --  Saham-saham Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut sebanyak 2.66 peratus dalam dagangan awal Khamis walaupun telah mengumumkan keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2026, semalam.

Unjuran Harga MSM Bagi 2026-2027 Dinaikkan Didorong Risiko Bekalan Meningkat - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027, masing-masing sebanyak RM50 satu tan kepada RM4,450 satu tan dan RM4,550 satu tan berikutan risiko bekalan yang meningkat.

Hasil Industri Telekomunikasi Mudah Alih Diunjur Naik Dua Hingga Tiga Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Industri telekomunikasi mudah alih dijangka mencatatkan hasil yang meningkat sedikit antara dua hingga tiga peratus pada 2026 disebabkan pemulihan pasaran yang mambantu mengurangkan kesan perakaunan ekuiti ke atas kerugian bersih Digital Nasional Bhd (DNB).

Pemindahan Saham DNB Dijangka Selesai Akhir Suku Ketiga 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemindahan saham Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka selesai menjelang akhir suku ketiga 2026 atau pada peringkat awal suku keempat 2026, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

CIMB Securities Kekal Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.