BERITA TERKINI   Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 pada 6.36 petang | LTdL 2026: Pelumba Tudor Pro Cycling Team Lennart Jasch menang peringkat kedua dari Taiping ke Gunung Jerai | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " ev."

Mercedes-Benz Malaysia Sasar 17 Model Baharu Pada 2027, Unjur Peningkatan Permintaan EV

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 15 Sept (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia merancang untuk memperkenal 17 model baharu bagi pasaran Malaysia pada 2027 sekali gus memperluas penawarannya dalam segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

Pengeluar Komponen Automotif Tempatan Digesa Cebur Bidang Robot Humanoid -- Sim

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kalangan pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa menceburi sempadan teknologi maju seterusnya dengan meneroka peluang dalam bidang robot humanoid.

Dasar Penyetempatan EV Perlu Perkukuh Industri, Bukan Sekat Persaingan -- Chow

BATU KAWAN, 21 Ogos (Bernama) – Dasar penyetempatan dasar kenderaan elektrik (EV) Malaysia perlu memperkukuh industri domestik tanpa menyekat persaingan, pilihan pengguna mahupun keyakinan pelabur.

EV: Kerajaan Perlu Seimbangkan Keperluan Prasarana Pengecasan, Kepentingan Awam

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengkaji mekanisme terbaik membabitkan cadangan levi ke atas kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh negara.

Tiada Mekanisme Kawalan Harga Khidmat Pengecas EV, Galak Pelaburan Sektor Swasta - MITI

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) awam, sebaliknya kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing.

Malaysia Sasar xEV Kuasai 20 Peratus Jualan Kenderaan Baharu Menjelang 2030 - MITI

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu menjelang 2030, kemudian naik kepada 50 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.

Kerajaan Perkasakan Dasar, Insentif Bagi Percepat Ekosistem EV - Sim

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkemas dasar dan insentif bagi mempercepat pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) termasuk meluaskan kemudahan pengecasan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

MCE Lancar Hab Pembuatan Elektronik Automotif Bernilai RM50 Juta Di Serendah

HULU SELANGOR, 7 Julai (Bernama) -- MCE Holdings Bhd (MCE) hari ini secara rasmi melancarkan MCE Auto Hub, kemudahan pembuatan termaju bernilai RM50 juta di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW, Serendah, yang akan memperkukuh keupayaan reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan kumpulan itu.