Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " krisis tenaga global"

PKMM Seru Kerajaan Percepat Pelaksanaan Projek Pembinaan 2026 Yang Dirancang

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyeru agar kerajaan mempercepat pelaksanaan projek-projek pembinaan yang telah dirancang bagi 2026 untuk memastikan kelangsungan operasi kontraktor tempatan serta merancakkan semula sektor pembinaan negara.

Bekalan Bahan Api Di Stesen Petronas Dijangka Stabil Dan Mencukupi Sehingga September

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petronas seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga bulan September, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Biodiesel Bakal Beri Penjimatan 386.7 Juta Liter Setahun, Tingkat Tempoh Bekalan Hingga 20 Hari

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peningkatan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B12 atau B15 di Semenanjung Malaysia dan Sabah dianggarkan dapat mengurangkan penggunaan diesel petroleum sebanyak 334,139 tan setahun, bersamaan kira-kira 386.73 juta liter setahun.

Asas Ekonomi Kukuh, Ringgit Diunjur Kekal Berprestasi Tinggi -- Standard Chartered

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.

Bekalan Bahan Api Di Rangkaian Stesen Petronas Kekal Stabil Hingga Ogos

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga Ogos, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. 

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.