3hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan Huawei, Weixin Pay, dan TravelSky Technology Ltd, bagi memperkukuh kehadiran digitalnya di China, sambil memperkasa kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke Malaysia dan rantau yang lebih meluas.
4hari ago
SINGAPURA, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Airbus, Sepang Aircraft Engineering (SAE) memeterai kontrak dengan Cebu Pacific dari Filipina bagi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat dan pemeriksaan tamat tempoh pajakan (EOL) untuk tujuh pesawat A320 selama 12 tahun.
4hari ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang antarabangsa keempat paling bersambung di dunia sambil terus menjadi hab mega paling bersambung di Asia-Pasifik.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines dinobatkan sebagai Kakitangan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2026.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menyeragamkan bayaran masuk untuk kenderaan e-panggilan pada RM2, termasuk cukai, bagi Terminal 1 dan Terminal 2, berkuat kuasa hari ini.
13hari ago
Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar
KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, Sept 14 (Bernama) -- Batik Air akan melancarkan penerbangan terus dari Subang ke Bali dan Pulau Pinang ke Batam pada Oktober depan, sekali gus memperluaskan rangkaian hubungan antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Penerbangan Malaysia Airlines MH1 dari London Heathrow (LHR) ke Kuala Lumpur (KUL), dijadualkan pada 9 September, 2026 telah dibatalkan berikutan gangguan teknikal yang menjejaskan sistem kawalan trafik udara di United Kingdom (UK).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines secara berperingkat menyambung semula penerbangan dari dan ke Jakarta susulan penyambungan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- AirAsia menyambung semula penerbangan ke dan dari destinasi yang terjejas akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.