BERITA TERKINI   Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan batal pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta-merta kerana memungkiri sumpah jawatan - Pengelola Bijaya Diraja | Piala FA: Kelantan City 0-0 Kuching City | Piala FA: DPMM FC 3-3 KL City FC | PM Anwar: Parti politik jangan guna isu kaum untuk tarik sokongan | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " loa"

Kelington Group Peroleh Kontrak Kerja Bernilai RM1.83 Bilion Di India

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu Kelington Group Bhd (Kelington) memperoleh projek siap guna bernilai RM1.83 bilion daripada pengeluar semikonduktor terkemuka di India.

Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.

Xiaomi Perluas Barisan AIoT Dengan Enam Produk Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Xiaomi Malaysia memperluas rangkaian produk kecerdasan buatan pelbagai benda (AIoT) dengan memperkenal lima perkakas rumah pintar baharu bersama peranti boleh pakai terbaharunya, Xiaomi Smart Band 11 Active. 

The Makeover Guys, RHB Bank Tawar Pembiayaan Sehingga 120 Peratus Untuk Beli, Ubah Suai Rumah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pengubah suai kediaman moden, The Makeover Guys, bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperkenalkan Makeover Flexi Loan, penyelesaian pembiayaan bersepadu yang membolehkan pelanggan yang layak membiayai pembelian dan pengubahsuaian rumah menerusi satu kemudahan.

EITA Resources Dapat Kontrak RM62.3 Juta Naik Taraf Lif, Eskalator LRT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh EITA Resources Bhd, EITA Elevator (Malaysia) Sdn Bhd menerima surat anugerah (LoA) daripada Prasarana Malaysia Bhd bagi kontrak kerja bernilai RM62.3 juta untuk menaik taraf lif dan eskalator di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dari Gombak hingga Kelana Jaya, termasuk Depoh Subang bagi Laluan Kelana Jaya.

Nuenergy Peroleh Kontrak Kerja Berkaitan Pusat Data Bernilai RM44.5 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd (NHB) menerima surat lantikan (LoA) bernilai RM44.5 juta daripada sebuah syarikat dari China untuk melaksanakan kerja mekanikal, elektrik dan perpaipan untuk pembangunan bangunan stesen pendaratan pengguna bagi pusat data di Johor.

Jati Tinggi Peroleh Kontrak Infrastruktur Tenaga RM86 Juta Di Kapar

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) memperoleh kontrak bernilai RM86 juta bagi melaksanakan reka bentuk dan pembinaan kabel penghantaran talian atas 275 kilovolt (kV) serta infrastruktur tenaga berkaitan untuk sebuah pusat data di Kapar, Selangor.

KHPT Peroleh Kontrak Komponen Bagi Model Proton Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd memperoleh kontrak daripada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) untuk membekalkan komponen automotif bagi model baharu Proton.