BERITA TERKINI   Malaysia sasar meterai MEUFTA pada akhir Jun 2027 - Johari | Kerjasama Malaysia-China pastikan data, maklumat ramalan cuaca lebih lengkap, percepat persiapan pemindahan mangsa banjir - TPM Ahmad Zahid | Monsun Timur Laut: China tawarkan sistem berasaskan satelit bantu Malaysia pertingkat ketepatan ramalan cuaca - TPM Ahmad Zahid | Perubahan luruan angin ke Lautan Hindi dalam tempoh dua minggu diharap bantu kurangkan jerebu di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 16 berita berdasarkan kata kunci carian " misc"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi susulan Saham Perbankan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan prestasi positif minggu lepas, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga murah dalam saham perbankan berikutan Belanjawan 2027 menawarkan sokongan tambahan menerusi langkah-langkah menyasarkan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan perumahan dan pertumbuhan kredit dipacu pelaburan.

FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari, Disokong Belian Pada Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih ketika harga rendah dan sentimen optimis berkaitan Belanjawan 2027, seiring dengan pemulihan Wall Street.

MISC Dapat Pajakan Lima Kapal Pembawa LNG Baharu Dari Petronas

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MISC Bhd telah memperoleh kontrak Petronas LNG Ltd untuk pajakan jangka panjang lima kapal pembawa gas asli cecair (LNG) binaan baharu.

MISC Sewa Kapal Pembawa LNG Baharu Th'ailib Kepada QatarEnergy Untuk 15 Tahun

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- MISC Group telah menyewa kapal pembawa gas asli cecair (LNG) generasi baharunya, Th'ailib, kepada QatarEnergy untuk selama 15 tahun mulai tahun ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Hasil Bon AS Lebih Tinggi, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street berikutan hasil bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi serta ketegangan berterusan di Asia Barat menjejaskan minat belian.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

Pelaburan Dalam Sektor Huluan Petronas Sokong Prospek O&G Malaysia - RHB IB

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia, dengan pertumbuhan berterusan pelaburan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan lagi prospek positifnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Keputusan Kadar FOMC

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok serta lonjakan harga minyak.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Tekanan Jualan, Sentimen Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari berikutan tekanan jualan meluas sepanjang sesi dagangan pagi.