12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh aktiviti pembuatan yang kukuh, pelaburan infrastruktur yang mampan dan pembangunan pusat data yang berkembang pesat, menurut S&P Global Ratings.
18hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.
19hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus hari ini mencerminkan keyakinan bank pusat itu terhadap keupayaan ekonomi Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan yang aktif pada 2026, menurut ahli ekonomi.
25hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mendapat sokongan minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 September, dengan bank pusat diunjur mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila angka pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan prestasi dolar AS.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan ringgit akan stabil menjelang akhir Ogos susulan dolar AS menyusut semula selepas mengukuh sebelum ini berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julainya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan, diniagakan antara paras RM4.07 dan RM4.09 apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati terhadap hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.