BERITA TERKINI   Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi  | Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekitar 10.40 pagi hari ini | Wakil Malaysia, Nur Syakura Mohamad Musa, dinobatkan juara kategori tilawah Al-Quran wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 | Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi tiba di Istana Negara pada pukul 10.08 pagi, diberi sambutan negara. | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " pemula niaga"

Lima Juta Pembayar Cukai M40 Boleh Jimat Sehingga RM1,600 Di Bawah Belanjawan 2027 - KPMG Malaysia

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peningkatan pelepasan cukai individu berserta penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi kumpulan berpendapatan sederhana M40 dalam Belanjawan 2027 boleh menyediakan pendapatan tambahan sehingga RM1,600 untuk kira-kira lima juta pembayar cukai, kata KPMG Malaysia.

Belanjawan 2027: Cradle Sambut Baik Peruntukan RM41 Juta Perkukuh Ekosistem Pemula Niaga

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM41 juta dalam Belanjawan 2027 akan membantu memajukan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER) serta memperkukuh komitmen kerajaan untuk memperkasa ekosistem inovasi Malaysia dan mempercepat transformasi digital.

Belanjawan 2027: KWAP Terus Gerakkan Modal Domestik Merentasi Pasaran Swasta, Sektor Strategik

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk menggerakkan modal merangkumi pasaran swasta, sektor strategik dan pasaran modal domestik, tertakluk kepada proses pelaburannya, pertimbangan risiko dan pulangan serta keadaan pasaran semasa. 

Khazanah, KWAP Sedia Pelaburan RM450 Juta Untuk Syarikat Pemula Niaga - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan pelaburan berjumlah RM450 juta bagi menyokong pembangunan syarikat pemula niaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2027: Pulau Pinang Harap Berita Baik Penubuhan PTFC, Tujuh Projek Di Bawah RP2

GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang berharap Belanjawan 2027 membawa berita baik mengenai cadangan penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC) bersama Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh ekosistem teknologi di negeri itu.

Belanjawan 2027: Lebih Banyak Insentif Diperlukan Untuk Percepatkan Penggunaan AI

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) – Kerajaan wajar menyediakan insentif dalam bentuk kredit dan pengecualian cukai kepada syarikat berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, serta menyokong pengembangan pusat data bagi menarik lebih banyak pelaburan teknologi AI ke Malaysia.

Kinza Fokus Pada Keperluan Pengguna, Rakan Kongsi Tepat Bagi Pengembangan Pasaran

KUALA LUMPUR, 26 Sept  (Bernama) -- Kinza, jenama minuman Arab Saudi, tidak berhasrat untuk bersaing dengan gergasi minuman terkemuka, sebaliknya menumpukan usaha untuk memahami keperluan dan jangkaan pengguna yang sentiasa berubah ketika ia meluaskan pasaran ke Asia Tenggara.

Belanjawan 2027: Pendapatan, Gaji Rakyat Perlu Terus Jadi Keutamaan

GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Isu pendapatan dan gaji rakyat perlu terus diberi keutamaan dalam merangka Belanjawan 2027, seiring dengan usaha kerajaan bagi memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Sidec Umum 24 Finalis Selangor Triple Accelerator 2026, Acara Kemuncak 14 Oktober

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) hari ini mengumumkan 24 finalis Selangor Triple Accelerator Programme 2026 dengan kalangan syarikat pemula niaga bersaing pada kemuncak hari demonstrasi akhir pada 14 Oktober ini.