18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kualiti aset bank Malaysia kekal berdaya tahan, disokong penampan penyerapan kerugian yang mapan serta pengurusan risiko kredit yang proaktif, meskipun berdepan ketidaktentuan yang meningkat susulan konflik Asia Barat dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, kata RAM Ratings.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd menubuhkan program kertas komersial (CP) sehingga RM500 juta dalam nilai nominal bagi mengumpul dana untuk modal kerja, pelaburan, perbelanjaan modal dan tujuan korporat lain kumpulan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan pada separuh pertama tahun ini, yang melangkaui unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) antara empat hingga lima peratus, membuktikan ekonomi negara kekal berdaya tahan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) mengekalkan penarafan kredit korporat "AA3/Stable/P1" daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings), mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kekukuhan profil kredit syarikat serta sokongan kerajaan terhadap mandat strategiknya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Moody’s Ratings telah menyemak naik unjuran Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, dipacu oleh eksport barangan berkaitan kecerdasan buatan (A) daripada negara ini.
3bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan menyatakan minat untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara-negara ASEAN, khususnya dalam sektor industri bernilai tambah tinggi, pembuatan dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).