Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " terbitan"

IPO GB Bond Catat Lebihan Langganan 8.22 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE Pada 1 Okt

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bahagian awam Malaysia dalam tawaran awam permulaan (IPO) GB Bond Holdings Bhd mencatatkan lebihan langganan sebanyak 8.22 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Okt 2026.

Yes Group, Malacca Securities Meterai Perjanjian Taja Jamin Bagi IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Yes Group Management Bhd telah memeterai perjanjian penajajaminan dengan Malacca Securities Sdn Bhd bagi tawaran awam permulaan (IPO) bersempena penyenaraian syarikat berkenaan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

MIHAS 2026 Sasar Jana Potensi Perniagaan Lebih RM5 Bilion, Perluas Eksport Halal

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 tahun ini disasarkan menjana potensi perniagaan melebihi RM5 bilion selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.

TMK Chemical Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam CCM Pada Harga RM939.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta. 

Butterfield FB Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Dibuka Lima Sen Di Bawah Harga IPO

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).

Yes Group Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Bagi Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian insentif pelancongan disesuaikan Yes Group Management Bhd (Yes Group) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE. 

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Farm Price Pindah Penyenaraian Dari Pasaran ACE Ke Pasaran Utama Pada 9 Sept

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Farm Price Holdings Bhd akan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE Bursa Malaysia ke Pasaran Utama menjelang 9 Sept 2026.

Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.

SLGC Sasar Raih RM29.4 Juta Melalui IPO, Bakal Disenarai Di ACE Market

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.

Cadangan Ambil Alih Pegangan MYEG Ventures Berdaya Maju Komersial -- Zetrix AI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini menyifatkan cadangan entiti korporat berpangkalan di Filipina, IPVG Employees Inc untuk mengambil alih 50 peratus kepentingan ekuiti dalam MYEG Ventures Inc sebagai berdaya maju secara komersial.

PNB Lancar Sukuk Boleh Tukar Bercagar Kedua Bernilai US$300 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan sukuk boleh tukar bercagar kedua bernilai US$300 juta kedua untuk mengoptimumkan portfolionya menerusi penyelesaian pasaran modal yang inovatif.