BERITA TERKINI   Malaysia sertai BRICS bukan untuk tentang blok lain, mahu sistem lebih adil - Anwar | Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda barat laut Pulau Morotai, Maluku Utara, tiada ancaman tsunami - Agensi Meteorologi Indonesia | Hari Malaysia: Pengunjung acara bunga api di Tebingan Kuching dinasihatkan pakai pelitup muka susulan fenomena jerebu - Fahmi | Pameran Hari Malaysia 2026 diperluas ke platform digital, sahut saranan PM jadikan MA63 sebagai naratif nasional - Fahmi | Orang ramai termasuk pempengaruh diingat tidak ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Myanmar, serah kepada pihak berkuasa - Polis | 

Farm Price Pindah Penyenaraian Dari Pasaran ACE Ke Pasaran Utama Pada 9 Sept

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Farm Price Holdings Bhd akan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE Bursa Malaysia ke Pasaran Utama menjelang 9 Sept 2026.

Pembekal sayur-sayuran dari Johor itu melalui satu makluman berkata pemindahan itu akan merangkumi 451.24 juta saham terbitan dan 224.9 juta waran.

“Nama pendek saham, kod saham dan kod ISIN kekal tidak berubah,” katanya.

Ad Banner

Jumlah modal saham terbitan Farm Price berjumlah RM39.66 juta.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner