Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "budi diesel"

Penjimatan Subsidi Diesel Dimanfaatkan Semula Bagi Perkukuh Program Bantuan Bersasar - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penjimatan yang terhasil daripada pelaksanaan subsidi diesel bersasar tidak disimpan sebagai lebihan fiskal, sebaliknya dimanfaatkan semula untuk memperkukuh program bantuan bersasar, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kenanga IB, CGSI Jangka Jualan Automotif Kekal Berdaya Tahan, Berikutan Permintaan EV, Hibrid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Jualan automotif Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada separuh kedua 2026 (S2 2026), disokong oleh pelancaran model kenderaan elektrik (EV) bercirikan tempatan dan permintaan lebih kukuh bagi kenderaan hibrid, selain didorong oleh peningkatan pilihan pengguna terhadap kenderaan tenaga baharu.

Subsidi RON95, Diesel Diunjur RM3.5 Bilion Sebulan Jika Minyak Kekal US$90

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menganggarkan subsidi petrol RON95 mencecah kira-kira RM2 bilion sebulan dan subsidi diesel sekitar RM1.5 bilion sebulan sekiranya harga minyak mentah kekal pada paras sekitar US$90 setong berdasarkan unjuran semasa. 

BNM Dijangka Kekal OPR Pada 2.75 Peratus Susulan Penurunan Harga Minyak Kurangkan Risiko Inflasi 

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2.75 peratus Khamis ini berikutan penurunan harga minyak dunia telah mengurangkan risiko inflasi.

SEDC Energy Sedia Laksana BUDI Diesel

KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan program subsidi Diesel BUDI MADANI (BUDI Diesel) di seluruh negara bermula pada 1 Julai dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh mekanisme subsidi bersasar serta mengurangkan ketirisan.