26minit ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- OCBC Bank menyemak turun unjuran harga minyak mentah Brent bagi akhir 2027 kepada US$75 setong daripada US$85 setong sebelum ini, susulan jangkaan konflik di Asia Barat yang semakin reda serta peningkatan kapasiti eksport minyak di rantau Teluk.
41minit ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global, kata peniaga.
3jam ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kitaran pelaburan negara dan lebihan perdagangan dijangka memberi ruang kepada ringgit untuk mengukuh pada tahun depan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kata seorang ahli ekonomi.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Lebihan inventori minyak sawit Malaysia dijangka berkurangan mulai bulan ini apabila pokok kelapa sawit memasuki tempoh pengeluaran yang rendah, berpotensi menstabilkan harga minyak sawit mentah (MSM), menurut firma penyelidikan.
23jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan harapan konflik antara AS dan Iran akan reda.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keputusan China dan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan gencatan perang dagang antara kedua-dua negara.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengurangkan impak kenaikan harga bahan api global perlu disokong oleh kerjasama orang ramai dalam menguruskan penggunaan bahan api bagi meminimumkan tekanan inflasi dan melindungi kewangan isi rumah.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada minggu depan ketika para pelabur menilai prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan dalam pasaran global.
4hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan lebih perlahan dan lemah dengan harga berkemungkinan terus menunjukkan aliran menurun berikutan lebihan bekalan serta keadaan cuaca bermusim yang lebih baik menjelang musim tengkujuh.