2jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 September, 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8jam ago
PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust (IOIPG REIT) menyasar meraih RM2.1 bilion melalui tawaran awam permulaan (IPO) pada harga 96 sen seunit, menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Bhd pada 25 November.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 10 peratus kepada RM70.20 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 daripada RM63.84 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kerajaan belum menetapkan tahun sasaran untuk menyelesaikan semua tuntutan dan usaha pemulihan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SSF Home Group Bhd, SSF Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn Bhd untuk membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah, Klang bernilai RM42.47 juta.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion setelah ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan.