24hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Hubungan pelaburan Malaysia dan India terus mendapat momentum, dengan Malaysia telah meluluskan 293 projek pembuatan dengan penyertaan India bernilai US$2.95 bilion (RM10.16 bilion) setakat Jun, 2026, kata Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India Sharifah Ezneeda Wafa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya Datuk Lee Teck Yuen sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis berikutan penyusutan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko susulan pengumuman Perbendaharaan AS mengenai peningkatan operasi pembelian balik bon, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah menyelesaikan penjualan semula keseluruhan 142.4 juta saham perbendaharaannya, memperoleh kira-kira RM385 juta hasil bersih.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas pasaran meningkat semula baru-baru ini, dengan saham sektor telekomunikasi dan perindustrian mendahului penurunan itu, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia melantik Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden baharu bagi penggal 2026-2028, menggantikan Datuk Ir Ho Hon Sang susulan mesyuarat perwakilan tahunan persatuan itu pada 27 Jun 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan IJM Land Bhd telah melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang disepadukan bersama Stesen MRT Cochrane, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM600 juta.