2jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam saringan pemeriksaan mata bagi penghidap diabetes berupaya membantu Malaysia menjimatkan antara RM10 juta hingga RM20 juta, melalui pengesanan awal penyakit tersebut serta pencegahan kebutaan yang selaras dengan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030).
3jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah sekali lagi yang terus menyokong mata wang dolar AS.
22jam ago
KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
1hari ago
PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dibuat berdasarkan keadaan inflasi yang terkawal serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Susulan penglibatan dalam penghasilan judul permainan video yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Final Fantasy XV dan Street Fighter, pembangun dari Malaysia, Wan Hazmer Wan Abdul Halim dan Daim Dziauddin, mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah studio yang mampu mengetengahkan budaya Asia Tenggara kepada para pemain di seluruh dunia.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) - Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global kepada pencipta dan pemilik harta intelek, teknologi dan jenama yang inovatif.
2hari ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 14 Nov (Bernama) -- Indonesia berharap AirBorneo Airways, milik kerajaan negeri Sarawak, akan meningkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada perkhidmatan harian serta meluaskan hubungan ke destinasi lain di negara itu.
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) terus menyokong dolar AS.
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan berikutan mata wang negara maju itu terus menerima sokongan kukuh susulan jangkaan kenaikan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat, apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meneruskan momentum meningkatnya disokong oleh prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas sentimen pasaran terus dijejaskan oleh lonjakan dalam bekalan getah bermusim di Thailand dan permintaan tayar yang lemah di China, menurut seorang peniaga.
2hari ago
GEORGE TOWN, 13 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang kini menempatkan lebih 30 syarikat dalam sektor peralatan ujian automatik (ATE) dan daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan jumlah permodalan pasaran terkumpul kira-kira RM40 bilion.