Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "kemboja"

OCK Group Beli Kepentingan Ekuiti Dalam Unit Edotco Dengan Bayaran Awal RM327.8 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- OCK Group Bhd merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke Kemboja melalui pembelian keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Edotco Holdings (Labuan) Ltd (EHL) daripada Edotco Group Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai awal sebanyak US$81 juta (RM327.80 juta).

Axiata Cadang Jual Pegangan Dalam Edotco Pada Harga RM659.4 Juta, Jangka Hasil RM2.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.

Untung Bersih Sunway Healthcare Naik Kepada Rm95.17 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd (Sunway Healthcare) meningkat kepada RM95.17 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 September 2026 (S3 TK2026) daripada RM59.69 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Rantau APEC Penting Kepada Pertumbuhan Ekonomi Global, AS Komited Kepada Kemakmuran, Kestabilan - Trump

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini menyifatkan rantau Asia Pasifik sebagai rantau yang mempunyai kegiatan ekonomi paling rancak dan berkembang pesat di dunia, sambil mengulangi komitmen Washington untuk menggalakkan pertumbuhan, kestabilan, kedaulatan, kemakmuran dan keamanan di seluruh rantau itu.

Jotun Sasar Kilang Baharu Di Malaysia, Tingkat Pelaburan Di Asia Tenggara

Oleh Zufazlin Baharuddin

SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) -- Syarikat cat dan salutan global dari Norway, Jotun, sedang menyasarkan pembinaan kilang baharu di Malaysia, sejajar dengan penambahan pelaburannya di Asia Tenggara di tengah-tengah peningkatan penggunaan cat.

Jotun Sasar Jualan Berganda Berikutan Pelaburan RM500 Juta Dalam Ibu Pejabat, R&D Baharu

SHAH ALAM, 18 Nov (Bernama) -- Jotun menyasarkan pertumbuhan jualan jangka panjang sebanyak dua digit selepas melabur kira-kira RM500 juta untuk menubuhkan Ibu Pejabat Serantau Asia Tenggara serta Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang baharu di Glenmarie.

Malaysia Berpeluang Raih Manfaat Daripada Projek Kuasa Rentas Sempadan - Fadillah

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat manfaat daripada projek elektrik rentas sempadan melibatkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui penyertaan kontraktor tempatan, kepakaran kejuruteraan dan pembangunan mekanisme sijil tenaga boleh baharu.