BERITA TERKINI   Anwar sambut baik perjanjian persefahaman peruntukan, tiada syarat dikenakan kepada Ahli Parlimen pembangkang | CSA antara Ahli Parlimen bukan perkara janggal, pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu - PM | PRN Melaka: Sebanyak 189 borang penamaan calon telah dibeli setakat semalam - Pengerusi SPR | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "kerjasama strategik"

Perdasama Cadang Wujud Hab Halal Linyi-Malaysia, Buka Laluan Luas Usahawan Bumiputera

LINYI (Shandong), 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) berhasrat mewujudkan hab halal Linyi-Malaysia bagi memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala dan membuka laluan yang lebih luas untuk usahawan bumiputera menembusi pasaran China. 

Hong Leong Bank, UnionPay Perkukuh Kesalinghubungan Pembayaran Rentas Sempadan Di China

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelanggan Hong Leong Bank Bhd (HLB) kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR di lebih 120 juta titik penerimaan pembayaran UnionPay dan Weixin Pay di seluruh China menerusi aplikasi HLB Connect, susulan kerjasama strategik dengan UnionPay International (UPI).

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Lebih 5,000 Usahawan Sabah Terima Manfaat Program Bantuan SME-UP - Ewon

KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Seramai 5,879 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah menerima manfaat daripada Program Bantuan SME-UP yang dilaksanakan sejak 2017 hingga 2025, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

KUSKOP Perkukuh Kawal Selia e-Dagang Asing, Lindungi Kepentingan PMKS Tempatan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil melalui pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta memperkukuh daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Malaysia Perluas Kerjasama Tenaga Dengan Turkmenistan, Sasar Perkhidmatan Bernilai Tinggi - Akmal

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Turkmenistan bagi membuka peluang komersial baharu untuk syarikat khususnya dalam perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi, teknologi, serta kejuruteraan khusus, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.