2jam ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.
4jam ago
KANGAR, 3 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan realisasi pelaburan berjumlah RM116.4 juta setakat 30 Sept lepas sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pembangunan ekonomi negeri Perlis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa diperkukuh bagi memastikan kestabilan pasaran gas global dan jaminan bekalan tenaga yang menjadi asas penting kepada daya saing industri, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi mampan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.
8hari ago
Oleh M.Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mahu institusi kewangan Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam membiayai fasa seterusnya transformasi ekonomi negara, satu aspirasi yang akan dicerminkan dalam pelan induk sektor kewangan yang dirancang pada 2027.
10hari ago
MELAKA, 24 Okt (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang pelabur global berhasrat melaksanakan pelaburan bernilai US$50 bilion dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data di Sarawak serta Semenanjung.
10hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan dalam proses memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) bagi menyelaras pembangunan sektor Malaysia agar sejajar dengan dasar negara serta Rancangan Malaysia Ke-13, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.