3hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Eco-Shop Marketing Bhd selepas memiliki 8.68 juta saham biasa pada 27 Ogos, 2026.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd, Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) mengadakan perbincangan awal dengan MISC Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekutunya serta pihak berkepentingan lain berhubung potensi cadangan untuk menyahsenaraikan syarikat berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) setakat ini telah menyalurkan sejumlah RM15 bilion daripada komitmen pelaburan domestik RM25 bilion menerusi inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) diterajui Kementerian Kewangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan momentum positifnya dengan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.3 peratus pada Jun 2026, mencapai 114.8 mata berbanding 113.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 dirangka berpandukan 10 bidang tumpuan yang berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI serta keutamaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftarkan 441,846 ahli baharu dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2026 (1H 2026), menjadikan jumlah keahliannya hampir 18.5 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pengurusan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengguna pakai sekurang-kurangnya lima lapisan kawalan selepas ini bagi memperkukuh pengurusan risiko institusi berkenaan termasuk melaksanakan penilaian wajar pelaburan, kata seorang pakar ekonomi.
1bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri & Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ikrar kerajaan untuk berusaha sedaya upaya memperkukuh Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi dasar kawal selia dan polisi lebih ketat bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi, antara mesej jelas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen menyarankan supaya kerajaan mewujudkan pengawal selia tunggal untuk institusi kewangan bukan bank (NBFI) yang memiliki aset yang besar ditempatkan di bawah payung penyeliaan yang sama.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) disaran mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburannya setiap suku tahun seperti dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai antara langkah memperkukuh ketelusan dan meningkatkan keyakinan pendeposit.