2hari ago
JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang giat melaksanakan beberapa projek strategik utama bagi meningkatkan kapasiti serta mempercepat pengembangan komersial kumpulan itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah mengemukakan program sukuk wakalah Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Hijau (SRI) ASEAN bernilai RM700 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi membiayai pembangunan kemudahan sisa kepada tenaga (WTE) Melaka yang pertama.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Zetrix AI mengakui bahawa pencetus kepada pembubaran telah berlaku di bawah Program Sukuk Wakalah syarikat itu berikutan pelanggaran kovenan yang menghendaki Wong Thean Soon kekal sebagai pemegang saham terbesar syarikat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan Sukuk Wakalah Kemampanan bernilai RM4.8 bilion di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion, berlandaskan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CelcomDigi Bhd iaitu CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CelcomDigi Tel) mencadangkan penubuhan program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion bagi membiayai keperluan korporat dan pembiayaan semula.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mencadangkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM11.64 bilion menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air SPV Bhd (PASB), bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal strategik jangka panjang dalam tempoh 10 tahun akan datang.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.