BERITA TERKINI   Rasuah masalah sistemik, perlu terus dibanteras dengan tegas - PM Anwar | PM Anwar tegaskan kadar yuran rawatan asas di fasiliti kesihatan awam perlu dikekalkan agar rakyat tidak terbeban | PM Anwar setuju cadangan masukkan elemen pendidikan kesihatan mental dalam kurikulum sekolah bantu pelajar urus tekanan | Kerajaan akan kaji cadangan penubuhan dana kekayaan AI untuk manfaat rakyat Malaysia - PM Anwar | 

Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa berikutan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan terus menyokong unit tempatan itu dalam keadaan risiko geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Stok Minyak Sawit

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap paras inventori minyak sawit Malaysia yang tinggi.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed), kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai. 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Harga Minyak Susut, Gangguan Bekalan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak dan gangguan bekalan di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Menurun Kemudiannya

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin sebelum menurun kemudiannya berikutan sentimen pasaran yang terjejas oleh prestasi Wall Street semalaman yang lemah.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi Bnm

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan kemungkinan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga tenaga meningkat susulan ketegangan yang berterusan di Asia Barat.

Pasaran Getah Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Dengan Kecenderungan Sedikit Meningkat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan sedikit meningkat memandangkan tekanan ke arah kenaikan atau penurunan harga dijangka minimum.