Ad Banner
Ad Banner

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan niaga hadapan getah serantau pada penutup dagangan, kata peniaga.

Beliau berkata momentum kenaikan itu terjejas oleh petunjuk bercampur-campur daripada harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Ad Banner
Ad Banner

“Pemain pasaran sebahagian besarnya kekal tidak memasuki pasaran berikutan risiko geopolitik yang meningkat di Asia Barat dan memantau laporan usaha gencatan senjata yang baharu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan Iran bersetuju mengenai rangka kerja bagi pelan untuk menamatkan konflik, dengan pelan damai melibatkan pendekatan dua peringkat: gencatan senjata segera diikuti perjanjian komprehensif.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 1.06 peratus kepada US$107.87 setong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 10.5 sen kepada 830.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal melonjak sembilan sen kepada 736.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA