BERITA TERKINI   Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | 

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM37.50 bilion daripada RM36.65 bilion.

Ad Banner

Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM23.10 bilion daripada RM24.31 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 11 Jun 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner