BERITA TERKINI   Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | 

Kerajaan Kaji Perkenal Dasar Tebus Guna Air Kebangsaan -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk mewujudkan Dasar Tebus Guna Air Kebangsaan yang menjadi sebahagian daripada strategi masa depan, termasuk menyokong pembangunan pusat data.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kajian itu turut menumpukan usaha mewujudkan asas-asas infrastruktur bagi keperluan dasar baharu berkenaan dan seterusnya.

“Secara bersama, ini semua bukannya inisiatif terpencil, malah membentuk satu tindak balas kebangsaan bersepadu dan melibatkan infrastruktur tenaga, air dan digital.

Ad Banner

“Pendekatan itu akan turut melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk kementerian, kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDET) Kelima 2026 di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pada masa ini Malaysia menghasilkan sejumlah 48.5 juta liter air yang ditebus guna sehari dan menyasarkan 118 juta liter sehari menjelang 2030 bagi penggunaan industri.

Selain itu, beliau berkata Pelan Strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) 2026-2030 menterjemah wawasan berkaitan menerusi pelaksanaan sebanyak 119 program dan 133 sasaran yang boleh diukur dengan aspek pemodenan grid, pendigitalan serta pengurusan permintaan sebagai teras.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mengulas pembekalan, Fadillah berkata Malaysia telah melepasi kapasiti pemasangan tenaga boleh baharu (TBB) 13.3 gigawatt setakat 2025 dengan tenaga solar mencatat pertumbuhan paling pantas.

Kerajaan juga, kata beliau, sedang membangunkan projek solar berkapasiti 1,000 megawatt bagi pembekalan tenaga bersih kepada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang secara langsung menyokong ekosistem infrastruktur dalam koridor berkenaan.

-- BERNAMA