BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 | Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki negara ini - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dipengaruhi aktiviti pengambilan untung terutama dalam saham perbankan dan utiliti.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.19 mata kepada 1,714.75 daripada 1,719.94 ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI yang dibuka 0.72 mata lebih tinggi pada 1,720.66 bergerak antara 1,713.12 hingga 1,724.83 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Bagaimanapun, sentimen keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 509 berbanding 457, manakala 498 kaunter tidak berubah, 1,239 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.67 bilion unit bernilai RM1.44 bilion.

Dalam satu nota hari ini, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata turun naik pasaran dijangka berterusan dalam tempoh terdekat berikutan ketegangan yang masih berlarutan di Asia Barat, risiko terhadap rantaian bekalan global serta pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang kekal cenderung melaksanakan dasar monetari yang agresif.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Di peringkat domestik, pilihan raya Negeri Sembilan yang akan datang serta kemungkinan pilihan raya di Melaka boleh meningkatkan lagi ketidaktentuan politik. Tahap risiko yang masih tinggi dijangka mengehadkan kenaikan FBM KLCI dan memanjangkan tempoh pasaran yang hampir tidak berubah," katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM10.98, Public Bank merosot tiga sen kepada RM5.02, CIMB berkurangan enam sen kepada RM7.71 dan Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM14.36, manakala IHH Healthcare meningkat 20 sen kepada RM8.65.

Bagi saham aktif, Tanco naik tiga sen kepada 34.5 sen, VS Industry, HHRG dan PA Resources masing-masing menambah 1.5 sen kepada 22.5 sen, 16.5 sen dan 20 sen, manakala Enest susut 2.5 sen kepada 10.5 sen.

Dalam kalangan kaunter untung, Nestle melonjak RM1.50 kepada RM92.00, Malaysian Pacific Industries meningkat RM1.02 kepada RM45.42, UWC menambah 21 sen kepada RM6.20 dan Pentamaster naik 20 sen kepada RM4.85.

Batu Kawan mendahului senarai kaunter rugi apabila merosot 48 sen kepada RM21.22, diikuti Hong Leong Bank yang susut 28 sen kepada RM21.96, Fraser & Neave berkurangan 26 sen kepada RM29.02 dan Petronas Gas turun 22 sen kepada RM17.66.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 5.35 mata kepada 12,656.58 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 9.96 mata kepada 12,488.70.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 30.29 mata kepada 12,522.33, Indeks FBM 70 naik 104.69 mata kepada 17,901.71 dan Indeks FBM ACE pulih 31.27 mata kepada 4,893.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 121.16 mata kepada 20,118.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.94 mata kepada 187.57 dan Indeks Tenaga berkurangan 1.54 mata kepada 772.11, manakala Indeks Perladangan meningkat 41.70 mata kepada 9,410.12.

-- BERNAMA