BERITA TERKINI   Cadangan adakan PRU awal diteliti, fokus kerajaan kini pulihkan ekonomi, kesejahteraan rakyat - PM Anwar | Jerebu: Tindakan susulan termasuk isytihar darurat di kawasan rekod IPU 500 di Sarawak dibincang dengan kerajaan negeri, agensi - PM Anwar | Tragedi Tanjung Lompat: Mayat Muhammad Adib Hafiy Kamal ditemukan pada 11.15  pagi - polis | MAG Culinary Solutions perluas keupayaan penyediaan makanan dalam penerbangan dengan kemudahan baharu dijangka siap pada suku keempat 2028 - Kapten Nasaruddin | Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Busan mulai Disember 2026, Firefly perkenal penerbangan terus ke Kunming - Kapten Nasaruddin | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Dalam Julat 1,720 Hingga 1,750 Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif yang sederhana dalam julat 1,720 hingga 1,750, kata penganalisis. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aliran masuk dana asing yang berterusan dan prospek pendapatan domestik yang berdaya tahan dijangka memberikan sokongan kepada pasaran walaupun kenaikan seterusnya dijangka secara berperingkat dan terpilih.

Ad Banner

“Sebarang peningkatan dalam konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran atau lonjakan semula harga minyak boleh mendorong aktiviti pengambilan untung secara berkala dan mengehadkan potensi kenaikan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakannya tinggi. 

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Julai 2026 naik 37.5 mata kepada 1,737.0, Ogos 2026 meningkat 36 mata kepada 1,737.0, September 2026 menambah 35 mata kepada 1,716.0 dan Disember 2026 menokok 35.5 mata kepada 1,718.5.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 39,884 lot daripada 28,350 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 47,501 kontrak daripada 31,668 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks barometer naik 39.95 mata kepada 1,731.45 daripada 1,691.49 minggu lepas.

-- BERNAMA