BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam dan swasta - Kementerian Digital | Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Pengumuman jumlah bayaran interim untuk Sarawak pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 Sept - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Pada 9.49 pagi, kontrak Julai 2026 menurun 15.5 mata kepada 1,705.5, Ogos 2026 berkurangan 14.5 mata kepada 1,706.5, September 2026 merosot 12.5 mata kepada 1,688.0 dan Disember 2026 menyusut 13.5 mata kepada 1,690.0.

Jumlah dagangan sebanyak 6,586 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,561 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 6.09 mata kepada 1,708.50 daripada 1,714.59 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner