BERITA TERKINI   Politik mungkin membentuk mandat kerajaan, namun perkhidmatan awam perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat - Ahmad Zahid | RCI Tabung Haji: BN,UMNO tidak akan kompromi jika benar ada pihak pecah amanah, salah tadbir - Ahmad Zahid | BN Melaka berhasrat pertahan 21 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini - Ahmad Zahid | Persaingan politik di peringkat negeri tidak jejas kestabilan Kerajaan Perpaduan - TPM Ahmad Zahid | Pelabur antarabangsa papar keyakinan tinggi terhadap kedudukan kewangan Malaysia -- Amir Hamzah | 

Prestasi KDNK Suku Kedua Malaysia Diunjur Pada Tahap Baik -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh suku kedua 2026 diunjur berada pada tahap baik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenainya prestasi itu menjelang pengumuman rasmi angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua yang dijadualkan pada 14 Ogos ini.

Amir Hamzah bagaimanapun enggan mengulas lanjut sewaktu ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada acara RHB Progress Series 2026 di sini, hari ini.

Ad Banner

Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual mengumumkan data KDNK pada minggu depan yang dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai prestasi ekonomi negara sepanjang tempoh April hingga Jun 2026.

Sebelum ini pada 17 Julai lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan anggaran awal KDNK bagi suku kedua 2026 yang menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus selepas mencatat pertumbuhan 5.4 peratus pada suku sebelumnya.

Menurut DOSM, prestasi itu disokong oleh pertumbuhan dalam hampir semua sektor ekonomi kecuali sektor pertanian yang mengalami penguncupan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, sekali gus mengatasi anggaran awal sebanyak 5.3 peratus.

Pertumbuhan itu telah dipacu oleh permintaan domestik yang memberangsangkan selain aktiviti pelaburan serta eksport.

-- BERNAMA